Jumaat, 9 Disember 2011

BuKaN uNtUkMu [ prolog]

Dia termenung di sudut meja belajarnya memikirkan apakah subjek yang harus dia mulakan dulu untuk membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah. Biasalah selagi hidup sebagai seorang pelajar kita tidak akan dapat lari dengan tugasan. Sejak mendaftarkan diri di Institut Pendidikan Guru ini, dia sering tidur bertemankan buku dan adakalanya berbantalkan kertas-kertas tugasan.

Kesian pun ada tapi demi memegang segulung diploma pendidikan yang merupakan satu tiket besar untuk melangkah ke dunia pendidikan, dia redahi jua dengan tenang dan rela hati. Harapan yang menggunung untuk mencapai cita-cita sejak di bangku sekolah terus digagahi.

Kehidupan yang dibina sebagai pelajar di negeri dibawah bayu ini adalah jauh lebih mencabar berbanding semasa mengharungi badai memiliki ijazah sarjana muda dulu di negeri di pantai timur. Walau apa pun yang dia harungi, semua itu adalah satu pengalaman yang amat-amat bernilai.

Sifat kematangan juga dapat ditingkatkan dalam menyelesaikan pelbagai masalah termasukkan masalah yang telah membuatkan dia menjadi lebih berhati-hati dalam memilih agar tidak disakiti lagi untuk sekian kalinya.

Tiada ulasan: