Selasa, 13 Disember 2011

desiran bayu semalam [1]

kegembiraan yang tidak dapat digambar dengan kata-kata dapat dilihat dari riak wajah murid-murid yang baru sahaja selesai menduduki ujian percubaan UPSR. mereka keluar sahaja dari dewan peperiksaan terus menuju ke kantin untuk rehat. di kantin Iman bersama dengan rakan guru lain sedang menjamu selera di ruangan makan guru. selesai sahaja makan, iman beransur pergi menuju ke bilik guru. langkahnya di laju kan sedikit kerana banyak kerja yang harus diuruskan kerana selepas waktu rehat ini Iman ada mengajar di kelas tahun 2.

dalam langkahnya itu, ada seorang muridnya menyapa Iman dengan ucapan salam.

"assalamualaikum cikgu."
"waalaikumsalam, eh Norman. macam mana kamu nya peperiksaan percubaan UPSR?" balas Iman.
"alhamdulilah cikgu, ok je tapi Matematik ada sukar sikit la cikgu," jawabNorman dengan wajahnya yang agak risau.
" ala takpe Norman, Insyaallah kamu boleh, ada masa lagi untuk ke peperiksaan sebenar. nanti cikgu akan menambahkan kamu sekelas latihan yang lebih banyak dan kita akan fokus kepada soalan-soalan matematik tahun-tahun lepas," kata Iman memberi kata-kata semangat kepada anak muridnya.

Iman telah diberi tanggungjawab mengajar subjek Matematik tahun 6. apabila guru besar telah mengamanahkan iman mengajar tahun 6 maka dia harus terima nya dengan hati yang terbuka kerana inilah peluang yang harus iman gunakan untuk membuktikan kebolehan nya dalam mendidik. walaupun baru tahun kedua dia didalam dunia pendidikan ini.

sampai sahaja di bilik guru, di mejanya terdapat satu senarai tugasan yang perlu dipikul untuk satu program kecemerlangan UPSR. program ini melibatkan semua guru dan murid-murid tahun 6 yang mana ia berlangsung di Air Terjun Kota Tinggi pada hujung minggu ini.

'aku kena uruskan bahagian makanan murid, dia pula kena jaga keselamatan murid dan uruskan majlis bacaan yassin dan solat hajat' Iman berkata sendiri sambil tangannya laju mengambil buku rancangan mengajar dan terus bergerak ke kelas 2 putra untuk mengajar subjek matematik.

ditingkat atas ada insan sedang memerhati iman berjalan di koridor. dalam hatinya berkata 'dia merajuk lagi ke tak?' persoalan yang sentiasa bermain diminda ustaz Abdullah Fahim. 'esok ok la tu' hatinya berkata lagi.  rindu rasanya hampir seminggu iman tidak mengendahkannya.


berdiam dan biarkan ia pulih sendiri itu yang sebaiknya. fahim berasa amat-amat bersalah ini ditambahkan pula dengan hari lahir iman jatuh pada dua hari lepas hari dimana iman masih dalam kesenyapan yang meragukan fahim. nampaknya fahim perlu membuat sesuatu agak hubungan mereka kembali pulih.

dengan keberanian yang membuak-buak, fahim mengambil telefon bimbitnya diatas meja untuk menghantar SMS kepada cinta hatinya. 'semoga dia kembali ceria untuk aku' desir hatinya.

salam, ... masih merajuk lagi ker?.. 
saya mohon maaf diatas kekhilafan saya...

Sabtu, 10 Disember 2011

LUAHAN TINTA TERAKHIR


Tergamam aku di sini
Merenung di kejauhan tasik kasih
Mencongak titipan cinta lalu
Mengimbau kenangan semalam
Menghitung detik akhir
Tersentak seketika di daerah ini
Tersedarku dari lamunan mimpi
Aku kini terpinggir dari dunia ku sendiri
Andai kubisa mengerti
Hakikat sebenar cinta
Pastinya hatinya kumiliki
Namun….
Tak upaya aku menolak ketentuanNYA
Antara kita tiada penyudahnya
Adakah aku tidak berani
atau kau yang tidak memahami
payah benar untuk kau selami hati ini..
tanpa bersuluh sudah nampak terangnya
atau aku yang masih tidak mengerti
kedinginanmu memberi suatu erti
aku sudah tiada lagi di hatimu
lantaran itu kau menyepi
membisu tanpa kata
membuangku tanpa di hatimu
bodohnya aku kerna masih menanti
maafkan aku kerna masih menyayangi
maafkan aku kerna masih menagih kasih
maafkan aku kerna tidak mampu membuang cintamu…

IMPIAN YANG LEBUR


Yang kuimpi..
Tak pasti..
Yang sangka…tak kembali…
Ku simpan harapan dan cita untuk kita..
Sama-sama meniti hari bahagia…
Sendiri aku menangisi kejadian lalu…
Tidak ku duga begini akhirnya…
Tanpa rela ku redha…
Perginya serikandi yang pernah bertakhta dihati…

RISALAH HATI…II

Lembayung senja sekali lagi menjadi saksi
Penantian tiada lagi bererti
Hadirnya kuharap tidak lagi kembali
Sendiri aku menangisi
Sendiri aku mengasihi

Tiada ruang kutagih lagi
Sedangkan hampir ku tersungkur kerananya
Semangat itu hilang….pergi
Dibawa kesejukan dingin malam
Kesakitan yang dihambat rasa kesal..

ANDAI DAPAT KU SELAM HATINYA II..


Andai dapat kuselam hatinya,
Mungkin perkara sebegini takkan terjadi,
Mungkin kita masih bergelak ketawa,
Tiada duka, tiada terselindung kata nista,
Andai dapatku selam hatinya,
Ku ingin kongsi derita yang beraja dijiwa,
Ingin ku kongsi segala seksa yang menikam kalbu,
Namun siapalah aku tuk’ kongsi segalanya,
Apa yang ada padaku hanyalah duka,
Diantara kepercayaan dan tanggungjawab,
Diantara tekanan jiwa dan perasaan,
Kau tidak akan mengerti,
Lelaki yang memimpin bukan terpimpin,
Derita lelaki bukan tatapan wanita,
Derita hati bukan tatapan rohani,
Biarlah kesedihan menemaniku.

ANDAI BISA KUSELAM HATINYA


Andai bisa kuselam hatinya
Pasti aku tak tertanya-tanya
Siapakah aku disisinya
Insan biasa atau istimewa

Andai kuselam hatinya
Mampukah aku menyingkap rasa
Apakah aku akan kecewa
Atau bisa meraut utas bahagia

Andai dapat ku selam hatinya
Akan kuanyam tikar setia
Menggengam teguh walaupun bara
Bersulam kudus sekalung doa

Andai aku dijiwanya
Andai dapat ku selam hatinya
Akan kupadam sebuah harapan
Dapat ku rawat hati nan rawan

Tetap tabah hadapi kehidupan
Andai tiada aku dihatinya
Andai mampu kuselam hatinya..

SENDIRI.


Di saat ku sendirian disini,
Wajahmu bermain di ingatan,
Suaramu gemersik,
Membuatku terus kerinduan,
Tak sabar hati ini,
Ingin bersama mu,
Tak sabar rasa hati ini,
Ingin duduk bersembang dengan mu,
Tak sabar rasa hati ini,
Ingin bermanja dengan mu,
Tak sabar rasa hati,
Ingin melepaskan rindu padamu,
Lama lagikah harus ku tunggu,
Lama lagikah harus ku nanti,
Ku amat merinduimu,
Ku dambakan kasih sayang mu,
Tak sabar kun anti saat itu,
Di saat malam bertandang,
Wajahmu kian menghampiri,
Ruang kotak fikiranku menjadi sepi,
Melayani resah mengingatimu kekasih..