Khamis, 8 Oktober 2015

buatmu sahabat

sahabatku...
redhalah...tabahkan lah hatimu
aku tahu kau kuat menghadapi
semua ini...

hati perempuan mu cukup dicalari
hati perempuan ini turut merasainya
hari demi hari kau lalui dengan linangan airmata
kalu aku punyai sayap
pastinya aku akan ada disisimu selalu..

Selasa, 1 September 2015

noktah sepi

apabila kasih tidak diucap
apabila kasih tidak dilihat
apabila kasih tidak berharga
apabila kasih dibiarkan sepi

hati menangis menahan semuanya
tiada punca dan sebab yang nyata
semuanya atas ketentuan
Yang Maha Esa

pasti ada sinar bahagia
pasti ada hikmah
pasti ada nur gemilang
selepas ini...

biarkan diri ini menjauh
dan terus menjauh
tuhan.. tolong jagakan dia
buat diri ini yang dibiar sepi sendiri..

maka berakhirlah semuanya...
noktah sepi buatmu..

nukilanku padamu'15
fyny-

biarkan sendiri

suasana berubah dengan cukup pantas
mendung menutupi matahari
dan pastinya titisan hujan akan membasahi
bumi yang indah ini..

titisan yang terlalu dijaga
agar tidak jatuh lagi..
kini mengalir laju tanpa disangka
kelegaan di rasai selepas itu.

semoga ada hikmah disebalik musibah itu
semoga ada sinar bahagia selepas ini
semoga kau lebih menghargai
semoga aku terus tabah dan redha

nukilanku padamu'15
fyny-

Sabtu, 15 Ogos 2015

semalam yang sirna

hubungan yang menginjak ke angka dua
purnama kian berterusan bersinar...insyaALLAH
bagiku kau terlalu baik.. tiada perkara yang mampu
buat kami berselingkuh

semoga ukhwah terjalin ini akan terus terjalin
dengan restu ilahi, keluarga dan rakan-rakan
harapan agar hati ini bersatu dengan hatinya
bersatu pada masa yang terbaik kelak

Sesuatu yang tidak diduga
aku mengetahui khabar itu dari mereka
mereka yang mengharap
mereka yang menginginkan
mereka yang mendoakan
mereka yang sayang akan kami
agar hubungan ini terus kekal bersama

Apa yang mereka nampak
apa yang mereka kata
semuanya doa..
semoga mereka mendoakan yang terbaik buat kita..
InsyaALLAH...

nukilanku padamu'15
fyny-

Sabtu, 27 Jun 2015

harus pergi

sinar sang suria memancar pagi
satu persoalan mendesar diri untuk bertanya
adakah ia dariNYA..
semestinya iya..

aku memberanikan diri melontarkan kepadanya
jawapan yang sangat telus
membuatkan aku lega..
tapi... ayat akhir itu membuatkan
hatiku berbahagi..

aku serahkan semuanya kepada DIA
pemilih mutlak hati-hati kami..
semoga akan hadir satu sinar dari
hatinya dan hatiku..

nukilanku padamu'15
fyny-

Sabtu, 20 Jun 2015

lantunan rasa

rasa yang cukup sukar 
untuk dimengertikan
kenapa ia nya hadir
adakah rasa ini dariNYA
terima dengan tenang dan redha

kata-kata indah dari dia
membuatkan insan sekeliling
tertanya dan terusik indah
malu...segan...silu..
moga yang baik-baik saja
lantunan kata dari dia

diam.. itu yang terbaik
aku hanya mampu diam
semoga semuanya
menjadi indah dan terus indah...
seperti yang kau inginkan..
masa depan yang istimewa indah
untuk kita berdua..

nukilanku padamu'15
fyny-

Khamis, 11 Jun 2015

istimewa indah

dua maksudnya cukup beza
aku sendiri masih mencari
suatu jawapan yang pastinya indah
pengakhirannya
titipan doa sering aku iringi disetiap sujudku
moga ada sinar dan menyinari hidupku

kau teristimewa
kenapa kau bersikap begitu
pastinya ianya dari hatimu
hati yang penuh dengan pengertian
hanya dirimu dan DIA yang mengetahui

luahan rasa cinta
aku ungkapkan dikala aku berhadapan denganNYA
DIA pemilik mutlak hati-hati kami
moga ada jalan yang indah untuk
semua ini...

nukilanku padamu '15
fyny-

sahabat

kau disana aku disini
masing-masing dengan kisah tersendiri
mencari dan terus mencari
tiada yang serasi tiada yang selari

awal tahun yang menyegar
tahun yang menyembunyikan sesuatu
aku di sini dan kau juga disini
kenapakah? mengapakah?
ianya berlaku
soalan yang cukup penuh dengan tanda tanya
dan pastinya hanya DIA yang mengetahui

laluan demi laluan dilalui
rancana indah DIA diteruskan
moga ada sinar bahagia
moga ada sinar cahaya cinta
hingga ke akhirnya...

nukilanku padamu '15
fyny-

teman

hadir dirimu cukup misteri bagiku
kau hadir hampir sedekad dulu
tanpa aku mengenali namamu
kau kerap menemaniku disuatu sudut
kau cukup mesra
seolah kita telah kenal lama
malu aku pada saat itu
tapi aku tetap melayanmu
hinggakan kau mengungkapkan
kata yang kau akan ke gedung ilmu..
menuntut menjadi pendidik disana
ku relakan kau pergi demi cita-citamu

nukilanku padamu '07
fyny-

Jumaat, 22 Mei 2015

lama menyepi

kesibukan rutin harian
membuatkan diri ini
lama menyepi
sepi bertemankan hati yang sunyi

aku...
aku cuba bangkit
bangkit dan terus bangkit
menolak segala cabaran
segala kesibukan dunia
dengan hati yang tenang dan lapang..

kadangkala hati ini meronta-ronta
bergetar mengharapkan belaian
adakah siapa sudi membelai..
ahhh... biarlah diri sendiri
yang membelai semampu yang boleh..

doakan diri ini terus tabah..
terus bangkit dari kesepian ini...