Ahad, 25 November 2012

makmummu..

dalam keheningan pagi yang syahdu ini
aku ingin menulis sesuatu luahan rasaku untukmu
semoga nanti ia akan kekal menjadi
satu ingatan yang tersemat rapi disini

kau..terlalu istimewa
walaupun hanya dalam diam...
impian menjadi makmummu kelak
moga-moga berhasil dengan izinNYA..

walaupun kita belum bersatu
aku pernah menjadi makmummu
solat... berimamkan dirimu
aku menjadi makmum bersama-sama anak didik kita
moga ada jalinan rasa akan terbina
dengan izin dari NYA yang maha esa..

teringin...ya...hatiku teringin..
menjadi makmum solatmu..
moga impian menjadi nyata
tiba tika dan masanya kelak...

Amin...Ya Rab...

Sabtu, 15 September 2012

dari kerana mata...

ungkapan yang terlalu bermakna bagiku
dari ungkapan itulah pelbagai maksud dapat dirungkai
dengan indera itulah juga mencetus perasaan
perasaan yang membawa kepada satu perhubungan

mengharap satu perhubungan yang suci
lahir dari indera yang jauh disudut kalbu
moga ada sinar yang amat sirna kelak
restu ilahi diperlukan agar kekal aman

diam...
itulah sifatmu yang membuatkan aku terpesona
sifat yang mampu melengkapkan kekurangan diriku
dari tingkahmu itu membuatku gundah
gundah yang membawa kepada pelbagai persoalan

adakah matamu menggambarkan apa yang ada dalam kalbumu?
apakah sebenarnya perasaanmu itu??
aku ingin sangat mengetahui semua ini
agar dapat ku tahu adakah perasaan kita berdua sama
moga ada komunikasi yang terjalin walaupun senyap diluaran
indera itulah menjadi penghubung..

Ya Allah,
jika jawapan yang ada dalam dadanya
adalah jawapan yang membawa kepada perasaan cinta insan
dan aku mengharap sangat perasaan itu hadir dalam hati kami
pada masa... waktu.... dan ketika yang sesuai
hanya padaMU kami berserah...


Sabtu, 7 April 2012

desiran bayu semalam [2]

setelah selesai mengajar matematik dikelas tahun 2 intan, iman terus menuju ke bilik guru dengan penuh harapan mahu meneruskan kerjanya yang tertangguh iaitu menyemak buku latihan murid. sesampainya ditangga, cikgu azizah yang merupakan guru bahasa melayu yang amat dikenali oleh semua pelajar sebagai seorang guru yang garang telah menyapanya.

"iman, ko tau tak ada meeting jap lagi?" beritahu ckgu azizah. " ye ke kak, saya tak tau ni, bile?..meeting ape? katne?" bertalu-talu soalan iman kepada ckgu azizah yang dipanggilnya kakak. di sekolah ini, iman adalah guru perempuan yang paling muda berbanding guru yang lain dan iman juga lah guru perempuan yang masih belum berumahtangga.

"ala , mcm ko tak biasa bile bab meeting ni, gb kesayangan ko tu mcm dah takde waktu lain nak buat meeting, masa orang sibuk nak balik masa tu la dia nak buat meeting. katanya meeting pasal program kecemerlangan UPSR tu.. ala yang senarai AJK nye tu diletak diatas meja kita semua". terang ckgu azizah. mereka berbual sambil menaiki tangga hingga ke bilik guru.

sesampainya dibilik guru, iman terpandang kelibat orang didalam bilik operasi guru yang mana bilik itu khas kepada ckgu-ckgu yang ingin mencetak dan membuat alat bantu mengajar. iman terus menuju ke tempat duduknya begitu juga ckgu azizah. masa hanya ada sejam lagi untuk menghadiri meeting di bilik mesyuarat disebelah bilik guru saja. masa yang ada ini, iman guna kan untuk menanda dan menyemak buku latihan muridnya. iman menunduk sahaja tanpa memandang lain.

di bilik operasi, ustaz fahim tekun mencetak lembaran kerja muridnya. setelah selesai, dia keluar dari bilik sambil matanya terus merenung iman yang khusyuk menanda. dengan puas dia melihat. dalam lubuk hatinya bertanya 'SMS aku dia dah baca ke belum ek'..