Memaparkan catatan dengan label untuk DIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label untuk DIA. Papar semua catatan

Isnin, 15 Julai 2013

PESAN UNTUK PARA GADIS YG SEDANG JATUH CINTA

Duhai Gadis...
Maukah ku beritahukan padamu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginkah ku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu..

Maka dengarlah..
Saat ku jatuh cinta..
Tak akan ku berucap..
Tak akan ku berkata..
Namun ku hanya akan diam..

Saat ku mencintai...
Takkan pernah ku menyatakan.
Tak akan ku menggoreskan..
Yang ku lakukan hanyalah diam..

Dalam diam..
Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari.
Namun juga, jangan kau sikapi dgn berlebihan.
Jangan kau umbar rasamu.
Jangan kau tumpahkan segala sukamu..

Duhai Gadis
Cobalah merenung sejenak dan fikirkan dgn tenang..
Kita percaya takdir bukan?
Kita tahu dengan sangat jelas...
Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya?
Jadi, apa yang kau risaukan?
Biarkan Allah yg mengaturnya,
Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik-baik saja..

Cobalah renungkan...
Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu..

Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam,

Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Duhai GADIS...

kita tak tahu dan tak akan pernah tahu..

Hingga saatnya tiba..
Maka, ku ingatkan padamu,

Tidakkah kau malu jika semua rasa telah kau umbar...

Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk mendampingi hidupnya?

Duhai Gadis....

Yang kau butuhkan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu,
Lalu..Arahkan pd Nya..

Dan cintailah dalam diam..
Dalam hening..

Itu jauh lebih indah..
dan Jauh lebih suci....

Salam Santun dan Salam Ukhuwah Fillah

Selasa, 4 Jun 2013

Mana Satu Pilihan Hati

“Cinta sejati adalah cinta yang berada di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
 
 
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Ahad, 3 Februari 2013

baiti jannaati

mata memandang dengan penuh
persoalan di minda

diam adalah caranya
dia bertindak dengan menggunakan
pancaindera ciptaan teristimewa
sang pencipta

terima kasih YA ALLAH
kau hadirkan dia
yang cukup melengkapi
diriku ini

jika dia benar untukku
satukan hatinya dengan hatiku

KAU penuhkanlah dada kami dengan
rasa cinta kepadaMU YA ALLAH

melayari bahtera dengan
rasa kasih sayang dan iman yang menebal
moga nanti baiti kami
seimbang duniawi dan ukhrawi

hadirnya putra dan putri yang
soleh dan solehah
pewaris yang sejati..
amin...

Ahad, 25 November 2012

makmummu..

dalam keheningan pagi yang syahdu ini
aku ingin menulis sesuatu luahan rasaku untukmu
semoga nanti ia akan kekal menjadi
satu ingatan yang tersemat rapi disini

kau..terlalu istimewa
walaupun hanya dalam diam...
impian menjadi makmummu kelak
moga-moga berhasil dengan izinNYA..

walaupun kita belum bersatu
aku pernah menjadi makmummu
solat... berimamkan dirimu
aku menjadi makmum bersama-sama anak didik kita
moga ada jalinan rasa akan terbina
dengan izin dari NYA yang maha esa..

teringin...ya...hatiku teringin..
menjadi makmum solatmu..
moga impian menjadi nyata
tiba tika dan masanya kelak...

Amin...Ya Rab...

Sabtu, 15 September 2012

dari kerana mata...

ungkapan yang terlalu bermakna bagiku
dari ungkapan itulah pelbagai maksud dapat dirungkai
dengan indera itulah juga mencetus perasaan
perasaan yang membawa kepada satu perhubungan

mengharap satu perhubungan yang suci
lahir dari indera yang jauh disudut kalbu
moga ada sinar yang amat sirna kelak
restu ilahi diperlukan agar kekal aman

diam...
itulah sifatmu yang membuatkan aku terpesona
sifat yang mampu melengkapkan kekurangan diriku
dari tingkahmu itu membuatku gundah
gundah yang membawa kepada pelbagai persoalan

adakah matamu menggambarkan apa yang ada dalam kalbumu?
apakah sebenarnya perasaanmu itu??
aku ingin sangat mengetahui semua ini
agar dapat ku tahu adakah perasaan kita berdua sama
moga ada komunikasi yang terjalin walaupun senyap diluaran
indera itulah menjadi penghubung..

Ya Allah,
jika jawapan yang ada dalam dadanya
adalah jawapan yang membawa kepada perasaan cinta insan
dan aku mengharap sangat perasaan itu hadir dalam hati kami
pada masa... waktu.... dan ketika yang sesuai
hanya padaMU kami berserah...


Ahad, 31 Julai 2011

istimewa buatmu insan yang mengerti.

Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepadaku kerana aku takut akan menyayangimu…

Jangan mengambil berat tentang diriku kerana aku bimbang akan mengasihimu…

Jangan terlalu baik padaku kerana aku takut akan merinduimu…
...
Jangan memberikan aku kenangan dan harapan kerana aku khuatir akan jatuh cinta padamu…

Jangan menghargai pertemuan ini kerana aku tidak mahu menderita kehilanganmu lantaran perpisahan ini…”

Ahad, 26 Jun 2011

luahan..

SUARA NALURI

Kadangkala aku berasa amat bertuah
Dapat disayangi oleh dirimu
Walaupun aku insan yang tidak sesempurna yang diimpi.
Terkesima aku seketika.
Mengapa perlu aku bersamamu ,
Dari manakah semua ini bermula,
Hinggakan sejauh ini destinasi kasih tercipta,
Adakah ini ketentuan dariNYA,
Jika benar kanku laksana ia sebaiknya,
Jika tidak rela aku merenggangkan ia,
Demi insan yang telah tertulis untukmu.
Walaupun begitu aku bersyukur,
Syukur kerna kau pernah beraja dalam hatiku,
Walau hanya seketika cuma,
Terima kasih atas segalanya,
Terima kasih atas keperihatinanmu padaku,
Terima kasih atas kasih sayang yang kau berikan padaku,
Terima kasih atas semua ini,
Walaupun berat untukku melepaskan dirimu sayang.

sendiri

Yg lama tetap dihati walaupun yg baru ada disisi menemani..
Kerna yg lama itu banyak mengajar erti sebuah kehidupan...


SENDIRI

Dikala malam menyapa,
Sendiri aku berteman sepi,
Malam nan larut seolah memahami.
Aku diulit keresahan,
Keresahan yang amat menghimpit jiwa,
Terusik sanubari ini,
Mengapa harusku pendam semuanya,
Berapa lama lagikah harusku nanti,
Ingin ku luah terasa malu,
Ingin ku simpan terasa tepu dada ini,
Lantaran tangan ku menadah memohon doa dari NYA,
YA ALLAH jika benar dia tercipta untukku,
Kau hadirkan lah dia dalam hidupku,
Utuhkan lah ikatan suci ini,
Agar ia menjadi hamparan indah hingga ke syurga.