Isnin, 28 Januari 2013

desiran bayu semalam [3]

banyak lagi buku yang perlu ditanda. dengan tenang iman menanda sambil mendengar lagu yang diputarkan di laptopnya. lagu cinta zaman 90an menjadi pilihan iman. lagu itu semua adalah koleksi iman dari universiti lagi. buat kerja tanpa muzik seolah-olah tidak lengkap bagi iman. keadaan ini membuatkan iman langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling yang mana ada insan memerhatikannya.

"iman, jom kita g cop tempat dulu, nanti tak dpt tempat pulak" kata ckgu baiti. dengan cepat iman menghabiskan tanda buku muridnya. selebihnya akan disambung kemudian. "ok kak, jom.. kak zah jom kita g sekali" ajak iman. ini lah dialog biasa kami kalau ada meeting. kami perlu mencari tempat yang selesa untuk meeting nanti kerana kalau lambat terpaksa bersempit almaklumlah bilik mesyuarat baru itu agak kecil sikit berbanding yang lama.

bila dah dapat tempat yang biasa bagi kami. so perbualan diteruskan lagi. hehehe..macam-macam isu kami borakkan sebelum bermulanya mesyuarat. aku memang duduk ditempat biasa kalau ada meeting. dan adakah kali ni meeting dia akan duduk berhadapan dengan aku seperti meeting2 yang lepas. buat masa ni aku rasa macam dah tak nak pandang muka dia lagi. bara dalam hati masih ada lagi bahangnya.

yup...dia dah masuk dalam bilik mesyuarat ni...dan tak syak lagi...dia tarik kerusi dan terus duduk betul2 depan aku.. waaaa... tak sanggup aku nak tgk muka dia. mata kami bertentang..dengan selumber aku buat tak tau je.

meeting yang berlangsung tak terlalu lama kerana guru besar hanya memberi penerangan berkaitan dengan perjalanan program yang akan berlangsung hujung minggu ni. semua guru terlibat dengan tugas masing-masing. alhamdulilah tak lama meeting kali ni so aku ada masa lebih untuk menyiapkan tugas menanda buku. semua guru beransur keluar dari bilik mesyuarat. aku mengambil tindakan untuk keluar lambat, malas nak bersesak-sesak di pintu. aku perasan dia perhatikan aku. malas nak tengok ..hahahaa

jam 1.45 petang maka semua murid pulang ke rumah masing2.. aku bersama cikgu azizah dan cikgu baiti masih lagi di meja masing-masing menyiapkan tugasan untuk esok. aku teruskan dengan menanda buku. kebiasaannya jam 2.30 baru kami pulang ke rumah masing. berehat dan meneruskan kerja rumah seperti biasa.

penat...itulah yang aku rasa sekarang. buka saja pintu bilik terus aku meletakkan segala beg dan buku yang aku bawa balik. harap-harap mampulah aku siapkannya malam nanti. di sekolah masih banyak lagi kerja yang perlu disiapkan. dengan pantas tangan mengambil tuala dan aku terus menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. setelah siap solat, aku melabuhkan badan aku di katil. terasa mengantuk sangat. tanganku menepuk-nepuk bantal dan aku terasa macam ada benda jatuh di bawah katil... la handphone aku jatuh rupanya.

dengan pantas aku mengambilnya, nasibaik la tak apa2 terus aku membeleknya. baru aku sedar rupanya tadi aku g sekolah tak bawa handphone .. hahahahaa... bila dh banyak kerja kena buat langsung tak ingatkan barang yang amat penting ni.. kesian..


Tiada ulasan: