Ahad, 13 Mac 2016

diluar jangkaan

baru aku tahu
betapa laju denyutan jantungku
berderau darah
takkala dia berkata

kenapa? mengapa?
adakah sesuatu yang tersirat
akan berlaku selepas ini
aku hanya serah pada takdir

keadaan dia yang sungguh bersahaja
membuatkan diri ini tak keruan
apakah semua ini telah dirancang
kenapa ini berlalu tanpaku tahu

layanan yang cukup baik
dari kedua orang tuanya
membuatkan diri ini dihargai
semoga ada sinar bahagia

bahagia hingga syurga..

nukilanku padamu'16
-fyny-

kembali bertaut

dipenghujung tahun lalu
amat menguji hubungan ini
dia senyap aku juga begitu
sunyi tanpa kata dan suara

ia cukup membuatkan kami
mengerti erti senyap
mengerti erti menghargai
mengerti erti memerlukan
sesama sendiri

setelah seminggu ditahun baru
muncul sinar kian kembali
semoga ia akan berkekalan
hingga di penghujung

sayang sampai syurga

nukilanku padamu'16
fyny- 

Khamis, 8 Oktober 2015

buatmu sahabat

sahabatku...
redhalah...tabahkan lah hatimu
aku tahu kau kuat menghadapi
semua ini...

hati perempuan mu cukup dicalari
hati perempuan ini turut merasainya
hari demi hari kau lalui dengan linangan airmata
kalu aku punyai sayap
pastinya aku akan ada disisimu selalu..

Selasa, 1 September 2015

noktah sepi

apabila kasih tidak diucap
apabila kasih tidak dilihat
apabila kasih tidak berharga
apabila kasih dibiarkan sepi

hati menangis menahan semuanya
tiada punca dan sebab yang nyata
semuanya atas ketentuan
Yang Maha Esa

pasti ada sinar bahagia
pasti ada hikmah
pasti ada nur gemilang
selepas ini...

biarkan diri ini menjauh
dan terus menjauh
tuhan.. tolong jagakan dia
buat diri ini yang dibiar sepi sendiri..

maka berakhirlah semuanya...
noktah sepi buatmu..

nukilanku padamu'15
fyny-

biarkan sendiri

suasana berubah dengan cukup pantas
mendung menutupi matahari
dan pastinya titisan hujan akan membasahi
bumi yang indah ini..

titisan yang terlalu dijaga
agar tidak jatuh lagi..
kini mengalir laju tanpa disangka
kelegaan di rasai selepas itu.

semoga ada hikmah disebalik musibah itu
semoga ada sinar bahagia selepas ini
semoga kau lebih menghargai
semoga aku terus tabah dan redha

nukilanku padamu'15
fyny-

Sabtu, 15 Ogos 2015

semalam yang sirna

hubungan yang menginjak ke angka dua
purnama kian berterusan bersinar...insyaALLAH
bagiku kau terlalu baik.. tiada perkara yang mampu
buat kami berselingkuh

semoga ukhwah terjalin ini akan terus terjalin
dengan restu ilahi, keluarga dan rakan-rakan
harapan agar hati ini bersatu dengan hatinya
bersatu pada masa yang terbaik kelak

Sesuatu yang tidak diduga
aku mengetahui khabar itu dari mereka
mereka yang mengharap
mereka yang menginginkan
mereka yang mendoakan
mereka yang sayang akan kami
agar hubungan ini terus kekal bersama

Apa yang mereka nampak
apa yang mereka kata
semuanya doa..
semoga mereka mendoakan yang terbaik buat kita..
InsyaALLAH...

nukilanku padamu'15
fyny-